banner Pada hari bersejarah 10 Januari 2008, bertempat di Dewan Tadika Kemas 18 Utara, 18/35C, Seksyen 18, Shah Alam, seramai 58 orang ahli telah sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Sahabat Foto Seni Budaya, kelab fotografi pertama di Malaysia yang menumpukan sepenuhnya kepada fotografi seni kebudayaan di Malaysia.
Aug
13th

Teater Syurga atau Neraka

Penulis: faidhi | Di dalam kategori Aktiviti, Laporan
Teater Syurga atau Neraka

Seramai 12 orang jurufoto daripada Kelab Sahabat Foto Seni Budaya telah diberi peluang untuk menyaksikan pementasan teater ‘Syurga atau Neraka’ yang dipentaskan di Auditorium Dewan Sivik MBPJ pada 9 Ogos yang lalu sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan apa yang telah diajar semasa Bengkel Asas Foto Seni Pentas yang lalu.

Ini merupakan sebuah pementasan daripada kumpulan teater Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (RESAM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi MBPJ. Teater ini merupakan sebuah naskah RAJA AZREY RAJA KAMARUZZAMAN dibawah arahan KHUSIARY MAHAYUDDIN. Antara barisan pelakon yang turut menjayakan pementasan ini adalah:

Watak Utama
ANI MAYUNI sebagai ZARINA ZAINODIN
RAJA AZREY sebagai HERMAN @ IMAN
CHE MAT (RAJA LAWAK) sebagai SENIN RAHMAT

Di bantu oleh
FETTY DZUL
NUROL HUDDA HUSSIN
MUHD MUHALDIN JAMIN

Sinopsis

Penderitaan hidup manusia di muka bumi ini adakalanya tidak terbatas di dunia sahaja, pembalasan serta hukuman akan sentiasa bersama. Andainya jalan hidup sebelum ini tidak di landasan yang benar, melanggar segala larangan allah sudah tentu menerima balasan setimpal apabila seseorang itu mati, begitulah yang terjadi kepada Iman , Zarina serta Senin yang di gambarkan mempunyai dosa-dosa besar dan tiada kesempatan bertaubat sepenuhnya buat mereka.

Cerita bermula dengan bangkitnya kembali mereka ini setelah menghadapi kematian yang dahsyat di antara mereka, mereka bertiga bertemu dan berbicara tentang kesalahan diri sendiri ketika itu, mereka di tempatkan di bilik mayat hospital sementara . Iman seorang banduan yang mati di hukum gantung kerana kesalahannya mengedar dadah, Zarina pula mati kerana jangkitan HIV, manakala Senin pula mati di bunuh oleh ceti haram yang sentiasa memburu semasa hayatnya. Iman antara mayat yang paling lama ditinggal di bilik mayat itu, ini kerana tiada sesiapa waris yang mahu menuntutnya untuk pengebumiannya, begitu juga zarina yang yakin beliau akan dituntut dan disemadikan oleh suaminya, dalam keadaan masing-masing menanti, timbulah kekesalan diri keatas apa yang pernah di lakukan semasa hayat mereka di bumi.

Zarina antara yang paling menyesal atas apa yang di lakukan semasa kehidupanya, beliau berharap agar di beri peluang terakhir bagi menebus kesalahannya sekiranya dia di hidupkan semula.Iman yang selama ini hanya banyak berahsia akhirnya meluahkan segala isi hati serta latarbelakang dirinya. Siapakah Iman sebenarnya dan apakah kaitan Zarina dalam hidupnya, semuanya terjawap dalam pementasan teater ‘ Syurga atau Neraka’

 

 

One Response to “Teater Syurga atau Neraka”

  1. tahniah… dapat gak aku p0st kan gambar.. haha

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.