Tan Sri Zainun Sulaiman, a pioneer for Malay women in education and politics, spoke up bravely for the independence cause.
Bertempat di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 8 Ogos yang lalu, seramai 4 orang jurufoto (A.G, Se7en, Deepadee & bobz) daripada Kelab Sahabat Foto Seni Budaya telah diberi peluang untuk mengambil gambar pementasan Teater Muzikal Ibu Zain.
Teater ini dipentaskan bagi memperingati Ibu Zain iaitu seorang tokoh wanita yang memperjuangkan tanah air, bangsa dan agama pada suatu ketika dahulu. Pementasan ini diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke-51.
Antara pelakon yang turut sama terlibat dalam pementasan ini adalah seperti Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Catriona Ross, Sharonizam Noor dan juga Avaa Vanja. Dengan adanya pementasan sebegini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat patriotik di dalam jiwa anak bangsa kita.
Pada hari bersejarah 10 Januari 2008, bertempat di Dewan Tadika Kemas 18 Utara, 18/35C, Seksyen 18, Shah Alam, seramai 58 orang ahli telah sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Sahabat Foto Seni Budaya, kelab fotografi pertama di Malaysia yang menumpukan sepenuhnya kepada fotografi seni kebudayaan di Malaysia. 















macam mana nak share gambar ek kat sini.?