banner Pada hari bersejarah 10 Januari 2008, bertempat di Dewan Tadika Kemas 18 Utara, 18/35C, Seksyen 18, Shah Alam, seramai 58 orang ahli telah sebulat suara untuk menubuhkan Kelab Sahabat Foto Seni Budaya, kelab fotografi pertama di Malaysia yang menumpukan sepenuhnya kepada fotografi seni kebudayaan di Malaysia.
Jun
10th

Bengkel Asas Seni Foto Pentas

Penulis: pencerita | Di dalam kategori Aktiviti, Pengumuman

Untuk makluman semua ahli, satu bengkel asas fotografi pentas akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh: 27 Julai 2008
Masa  : 9 pagi - 6 petang
Tempat : Auditorium Muzium, Shah Alam
Tenaga Pengajar: Bazuki
Bayaran: PERCUMA
SIJIL AKAN DIPEROLEH

Bengkel ini akan diadakan secara percuma, ekslusif kepada semua ahli kelab sahabat foto seni budaya, ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Selangor. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Bazuki dan kemungkinan seorang lagi pakar fotografi pentas dari NSTP. Tempat adalah terhad kepada 50 orang saja. Disebabkan tempat yang agak terhad, sesiapa yang berminat dikehendaki membalas email ini (jika berminat) dengan menyertakan butiran lanjut iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan saiz baju (jika ada- tapi kena bayar duit baju RM25). Email perlu dijawab sebelum 25 Jun 2008. Jika tidak ada reply, tempat akan dibuka kepada jurugambar lain dalam PS yang akan dipelawa menjadi ahli kelab.

Untuk makluman juga, dalam bengkel ini, kalian akan mendapat pendedahan mengenai kaedah sebenar mengambil gambar persembahan pentas dari seorang pakar. Jangan lepaskan peluang ini. Harap reply segera supaya mudah admin menyiapkan kertas kerja. Semua kos termasuk makan, sewa dewan, penari, dan elaun fasilitator akan ditanggung sepenuhnya oleh jabatan.

 

 

8 Responses to “Bengkel Asas Seni Foto Pentas”

  1. err..tak dpt pun email nih…nak kasi maklumbalas pada sape ek kalo nk join?…

  2. yang dipertua.. email pls…

  3. pencerita@gmail.com

  4. tahniah diatas kejayaan penganjuran
    cuma aku tak puas hati sebab ramai jugak yang tak hadir.

  5. kalau tak nak hadir bitau ler awal2.

  6. tu la psl.. sampai aku2 xleh join skalik.. muehehhe ;p

    tgk dlm forum cam penuh jek.. ;( ;( ;(

  7. sabar.. sabar.. sabar… maybe ade alasan yang kukuh tu…

  8. okeh.. no hal.. janji dpt join thn dpn lak!! ;)

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.